Anak angsa kelabu |
Perbezaan anak angsa Male vs Female |
MENGENALI SPESIS ANGSA
Kat bawah ni ada beberapa spesis angsa yang biasa diternak…
Angsa Toulouse, Afrika dan Embden ialah yang paling berat, diikuti Angsa Pilgrim dan Angsa China paling ringan. Setahu saya angsa kelabu ialah yang paling murah, harga kebanyakan anak angsa baru menetas warna kelabu ialah RM 60 seekor dan angsa putihRM 90 seekor.
PEMBINAAN REBAN
Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.
PEMAKANAN
Angsa boleh makan macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…nescaya ia dapat menjimatkan petrol mesin rumput anda:-) Saya suka bela angsa kerana tak perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya. Kat bawah ni ada jadual zat pemakanan seimbang bagi angsa. Pandai-pandailah anda fikir nak bagi camna…
Komposisi bahan | Starter | Grower-Finisher(Range) |
Ground yellow corn | 15 | 20 |
Ground barley | 20 | 25 |
Ground oats | 20 | 25 |
Meat scrap (50%) | 2 | 3 |
Soybean oil meal (47%) | 21,5 | 4 |
Dried whey | 2 | - |
Dehidrated alfalfa meal (17%) | 3 | - |
Dicalcium phosphate | 0,5 | - |
Iodized salt | 1 | 1 |
TOTAL | 100 | 100 |
Tambahan: | ||
Riboflavin | 2 gram/ton | - |
Niacin | 20 gram/ton | - |
Vitamin B12 | 6 miligram/ton | - |
PEMBIAKAN
Angsa seeloknya dijodohkan sepasang atau bertiga tapi kena tengok juga tahap “keperkasaaan” angsa jantan tersebut. Kalau jenis suami mithali dan adil serta boleh membahagiakan 4 hingga 5 ekor sekaligus, tak jadi masalah. Tapi kalau jenis yang cinta sejati, nak couple dengan seekor betina sahaja dan tak layan betina lain, maknanya kena lah cari pejantan tambahan. Jumlah telur yang dihasilkan pada tahun kedua lebih banyak dan penetasan lebih baik berbanding tahun pertama, maklumlah dah ada pengalaman.:-) Angsa betina dapat bertelur hingga 10 tahun tetapi angsa jantan cepat “menopause”.
PENGERAMAN DAN PENETASAN
Untuk tujuan pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur. Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram. Kalau bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur menetas. Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.
terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment